21 Jun 2017 - 10:57
Tindak Balas Seterusnya Sudah Dirancang: IRGC

Unit Pengawal Revolusi Republik Islam Iran (IRGC) berkata bahawa tindak balas bersesuaian kepada sebarang serangan musuh ke atas kepentingan Iran sudahpun dirancang pada saat ini. IRGC membuat kenyataan itu setelah berjaya memusnahkan empat sasaran Daesh di timur Syria melalui serangan peluru berpandu jarak sederhana yang mereka lancarkan pada hari Ahad lepas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Unit Pengawal Revolusi Republik Islam Iran (IRGC) berkata bahawa tindak balas bersesuaian kepada sebarang serangan musuh ke atas kepentingan Iran sudahpun dirancang pada saat ini. IRGC membuat kenyataan itu setelah berjaya memusnahkan empat sasaran Daesh di timur Syria melalui serangan peluru berpandu jarak sederhana yang mereka lancarkan pada hari Ahad lepas.

IRGC melancarkan enam buah peluru berpandu pada hari Ahad ke atas kedudukan kumpulan pengganas Takfiri Daesh di Deir ez-Zour yang terletak di timur Syria. Serangan itu dilancarkan sebagai balasan ke atas serangan berkembar yang menyasarkan dua lokasi di Tehran pada 7 Jun lepas.

Jurucakap IRGC, Brigadier Jeneral Ramezan Sharif berkata "Sama ada serangan peluru berpandu itu akan berulang atau tidak bergantung kepada tingkah laku musuh itu sendiri. Bergantung kepada apa yang mungkin mereka lakukan, sebuah tindak balas yang dahsyat sudahpun dirancang dan akan dilaksanakan," lapor Agensi Berita Tasnimm pada hari Rabu.

Jurucakap itu berkata bahawa IRGC hanya mengambil masa selama 11 hari untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab ke atas serangan berkembar di Tehran. Menurut Ramezani Sharif, kebanyakan elemen itu berada di wilayah Deir ez-Zour.

Menurut Sharif, tindak balas yang keras itu turut menghantar mesej yang jelas berkaitan kemampuan Iran kepada pengganas, penaja mereka dan sesiapa sahaja yang sedang mempertimbangkan prospek untuk mengancam negara Iran. -ABNA24

/315